Thursday, March 10, 2011

Penjagaan makanan semasa hamil penting kepada ibu-ibu


PEMAKANAN seseorang wanita perlu ditambah semasa ia hamil dan ketika mengeluarkan susu, sebabnya ialah kerana dietnya harus dibekalkan untuk pembesaran dan perkembangan anaknya.
Seorang wanita yang normal yang makan tanpa kawalan diet yang betul akan menambahkan lagi berat badannya dengan kadar purata 28 paun semasa ia hamil, yang mana hampir 9 paun darinya adalah daripada lemak-lemak yang tersimpan. Semasa penyusuan, lemak ini menyumbangkan makanan kepada bayi melalui susu.
Adalah dianggarkan bahawa lemak yang disimpan akan menghimpunkan bekalannya lebih kurang 300 kalori sehari untuk bayi dalam bentuk susu semasa hamil selama tiga keempat bulan.
Seseorang bayi memerlukan 600-800 kalori dalam sehari dari susu. Ini bermakna ibu yang menyusui bayinya memerlukan lebih daripada 300-500 kalori dalam sehari supaya ia dapat memberi makanan kepada bayinya tanpa menjejaskan keperluan dirinya sendiri.

PEMAKANAN TAMBAHAN
Adalah penting bagi diet seseorang ibu mengandungi pembekalan tenaga, protein, zat besi, kalsium, asid folic serta vitamin C dan D untuk membina otot-otot tisu, tulang dan gigi bayi dan bagi pembentukan hemoglobin. Sekiranya diet pemakanan seseorang ibu itu kurang dalam zatnya maka zat makanannya yang disimpan terpaksa digunakan.
Sebagai suatu amalan, kesemua zat-zat yang berlebihan ini boleh didapati dengan mudah dengan hanya memakan campuran diet yang baik dengan mengambil banyak susu, hati (hepar), kekacang, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Penambahan zat besi dan asid folic selalunya disyorkan semasa seseorang itu hamil. Ini adalah untuk menghalang penyakit anaemia kerana kekurangan salah satu daripada bahan-bahan tersebut. Penambahan ini tidak perlu jika wanita yang hamil itu memakan makanan yang cukup mengandungi zat besi dan asid folic. Makanan yang mengandungi zat besi ialah daging, telur, sayur-sayuran hijau dan roti 'wholemeal'. Dan asid folic pula boleh didapati dari sayur-sayuran hijau, hati, buah pinggang dan ragi.
Jika anda memakan diet yang seimbang maka pengambilan vitamin tambahan adalah tidak diperlu.

JANGAN MAKAN UNTUK DUA ORANG
Seseorang ibu yang hamil akan memakan diet yang normal, seimbang dan baik seperti juga ia akan makan sebelum ia hamil. Adalah tidak perlu untuk memakan bagi dua orang. Memakan untuk dua bermakna menggunakan 2,000 kalori yang berlebihan dalam sehari.
Lagipun ia hanya perlu makan lebih sedikit dari biasa iaitu kira-kira lebih kurang 200-300 kalori. Bagaimanapun jika seorang wanita yang hamil itu kurang aktif semasa beberapa bulan-bulan yang akhir maka ia tidak perlu makan lebih.

DIET YANG NORMAL
Suatu diet yang normal seharusnya mengandungi protein, cecair, lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran dan beberapa jumlah karbohidrat yang tidak ditapis.
Karbohidrat yang tidak ditapis termasuklah roti 'wholemeal', bijian 'wholemeal', beras merah dan tepung 'wholemeal'.
Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak seharusnya dikupas jika boleh dan dimasak secepat mungkin.
Gula dalam bentuk apa pun harus dielakkan kerana ianya perlu untuk suatu diet yang sihat. la kaya dalam kalori tapi tidak baik untuk gigi.
Dengan memakan makanan yang tidak ditapis, sebarang masalah konetipasi (sembelit) - suatu masalah biasa semasa mengandung - boleh dielakkan.

SUSU DAN KALSIUM
Setengah orang berpendapat bahawa susu itu penting untuk wanita yang hamil tetapi ini tidak semestinya jika ia mendapat cukup kalsium dari makanan lain dan cukup dietnya.
Makanan yang mengandungi kalsium termasuklah roti, kobis, beremi (herba air yang boleh dibuat sayur) dan ikan.
Adalah penting untuk memakan sekurang-kurangnya sedikit daripada makanan ini kerana seseorang bayi itu memerlukan kalsium yang lebih banyak untuk membentuk tulangnya.
Jika tidak besar kemungkinan bahan yang penting ini akan dirampas dari ibunya.

PERSEDIAAN PENYUSUAN
Selain daripada memakan dengan balk, adalah perlu juga menyediakan buah dada bagi penyusuan seorang ibu yang muda, seseorang ibu yang muda mungkin akan merasa jijik pada mulanya dalam mengendalikan buah dadanya tapi ia akan memakan masa yang panjang untuk menjadikan penyusuan lebih senang.

MEMPERBAIKI BENTUKNYA
Seboleh-bolehnya urut buah dada dan puling anda sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Sapu sedikit losen tangan di atas tangan anda untuk pelicinan (lubrication) dan selangkan tangan anda di atas dada anda, perlahan-lahan turunkan tangan anda hingga ke bawah dada. Lakukan secara perlahan-lahan.
Buat begini lima kali di setiap bahagian. Ini dapat menolong membukakan duktus, yang akan menyenangkan pengaliran susu dengan mudah.
Selepas itu pegang puting anda di antara ibu jari dan jari penunjuk dan dengan perlahan-lahan pusingkan puting beberapa kali. Perlahan-lahan tarikkan puting itu ke luar.
Juga urutkan 'lanolin' (ubat kulit) ke atas puting dan 'areola'. Ini akan menolong menguatkan puting.
Setengah orang boleh jadi mempunyai puting yang rata atau menyongsang. Bagaimanapun puting yang 'buruk' pembentukannya menghalang satu daripada 20 wanita yang cuba menyusui bayi pertama mereka, satu daripada 50 yang menyusui anak kedua dan tiada ibu-ibu yang telah menyusui dua bayi atau lebih.
sebuah puting yang menyongsang akan keluar apabila dipicit dengan tangan dan ibu jari bukanlah puting menyongsang yang betul dan bayi tidak akan menghadapi masalah untuk menghisap.
Bagaimanapun jika puting terus menjadi rata dan menyongsang, ini akan memerlukan lebih kerja untuk meletakkannya dalam suatu keadaan yang membolehkan bayi menghisap.
Pelindung dada adalah cara perubatan yang baik bagi puting menyongsang. lanya adalah berlubang, plastik atau gelas dan berbentuk seperti piring dengan lubang yang bulat di bahagian dalam untuk puting.
Dengan menggunakannya di dalam bra anda, puting akan tertekan di lubang-lubang dan ini akan memperbaiki bentuk mereka.
lanya harus dipakai semasa hamil sebelum bayi dilahirkan. Perlindungan tersebut harus dicuci selalu dengan air panas yang bersabun, dibilas dan dikeringkan dengan teliti.
Adalah suatu cara yang baik untuk membiarkan puting terdedah selama 15-30 minit beberapa kali dalam setiaphari.

MENJAGA PUTING ANDA SUPAYA BERSIH
Kulit yang mengelilingi puting mengeluarkan cecair yang berminyak yang menjaga kulit 'areola' dan puting serta membunuh kuman-kuman di permukaan kulit.
Jika anda mencuci cecair ini dengan sabun, kulit ini kemungkinan besar akan luka apabila anda menyusui bayi anda. Dengan itu janganlah gunakan sabun pada buah dada lebih-lebih lagi 3 bulan yang akhir. Percikan air sudah mencukupi.

MENGELUARKANSUSU
Adalah disyorkan supaya anda picitkan beberapa titik 'colostrum' dari setiap buah dada setiap hari semasa kehamilan 6 minggu yang terakhir.
'Colostrum' ialah cecair yang dihasilkan sebelum keluar. Sebab menjaga 'colostrum' dipicit ialah untuk membuka duktus susu dengan itu dapat pula dikurangkan peluang-peluang yang menghalang susu daripada keluar. Ini kadang-kadang boleh berlaku apabila susu yang pertama hendak keluar dan ia adalah tidak selesa dan menyakitkan.
Mula-mula basuhlah tangan sebelum memicit buah dada dengan tangan. Angkat buah dada di sudut kawasan hitam ('areola') dan picit perlahan-lahan dengan kedua ibu dan anak-anak jari. Pusingkan tangan anda ke belakang sedikit dan ke hadapan beberapa kali, supaya semua duktus susu akan keluar daripada puting.

PAKAILAH COLI PENGAMPU YANG BAIK
Coli pengampu yang baik seharusnya dipakai semasa penghamilan. Coli yang mengirap adalah disyorkan kerana apabila girap itu turun, coli itu masih lagi dapat mengampu buah dada.
Jika puting anda menjadi lembut semasa hari-hari yang awal semasa rawatan, biarkan girap itu jatuh ke bawah, untuk selama 30 minit supaya ia mendapat air dan juga friksion dari pakaian anda - ini akan menguatkan lagi buah dada.
8 minggu sebelum lahir dan dalam masa anda menjaga bayi anda, pakailah coli anda siang dan malam. Pembesaran buah dada akan mengakibatkannya kendur jika tidak diampu dengan baik akan seterus jatuh melendut.

1 comment: